Mengaji Alquran Lebih Mudah

Merentasi masa, jarak, & komitmen.

Jom mengaji online

Platform online terbaik yang menemukan guru dan murid yang ingin mendalami ilmu Al-Quran secara berfokus dan berkesan.

Direktori Al-Quran

Sistem yang mudah digunakan untuk semua

Guru Bertauliah

Guru berkelayakan tinggi seantero dunia

Pengajaran Secara Langsung

Pengajaran dan pembelajaran secara seorang-seorang menjadi teras

Progresif dan Menyeluruh

Sistem pembelajaran dan pengajaran lengkap dan teratur

Belajar Mengikut Keperluan Anda

Saya berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan kelas mengaji online dari Qyrcle

Sejak 2018, kami sudah membantu ribuan pelajar mendalami Al-Quran dengan lebih baik. Sekarang, kami mahu bantu anda pula.
 
Ciri-ciri Utama

Aplikasi Dibangunkan Secara Menyeluruh

Merupakan satu-satunya platform pengajaran dan pembelajaran Al-Quran secara atas talian yang efisen, berkredibiliti, dan berkesan dengan menampilkan guru berkelayakan tinggi dari seluruh pelusuk dunia.

Pilihan Asatizah

Lebih daripada 100 guru-guru yang berkelayakan untuk menjadi pilihan para pengguna.

Profil Guru

Profil guru-guru dengan pemaparan kelayakan dan tawaran pakej-pakej kelas untuk dipilih dan dilanggan

Belajar Quran Atas Talian

Medan interaksi di antara guru Al-Quran wibawa dengan pelajar secara ‘one-to-one’ secara langsung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Rekod Pembayaran

Rekod bayaran kelas atas talian antara guru dan murid.

Kisah Kejayaan Pelajar Kami

Ramai yang telah berjaya Qhadam Al-Quran dalam tempoh yang singkat

0
5/5
2,394 Ratings
Google Reviews
“Sebelum ini saya menghantar anak ke kelas Al-Quran. Oleh kerana kekangan masa saya mencari di internet dan menemui Qyrcle. Amat memudahkan kerana saya hanga menyediakan sebuah laptop untuk anak-anak saya belajar Al-Quran dengan lebih baik dan penuh interaksi.”
5/5
En. Saifullah
“Saya beralih ke platform Qyrcle kerana sebelum ini saya terlalu sibuk dengan masa dan untuk belajar Al-Quran di rumah Ustaz saya perlu mengikut jadualnya. Alhamdulillah dengan Qyrcle saya boleh menentuka waktu belajar mengikut masa dan keperluan saya.”
5/5
Cik Normadhiah
“Alhamdulillah selain belajar mengaji, saya dan anak-anak juga dapat mendalami serba sedikit mengenai ilmu agama melalui pertanyaan direct kepada Ustaz-ustaz yang mengajar.”
5/5
Pn. Mardhiah
“Seronok sangat-sangat belajar Al-Quran online. Saya tidak segan dan guru-guru amat mesra walaupun saya adalah tahap penguasaan yang agak minimun.”
En Amar
5/5

Soalan-soalan lazim

QYRCLE merupakan satu platform pengajaran dan pembelajaran dua hala Al-Quran di antara guru Al-Quran yang berwibawa dengan pelajar.

QYRCLE disebut “ker-kel” atau “ker-sel”.

Tidak, QYRCLE mempunyai aplikasi tersendiri untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tiada yuran pendaftaran. PERCUMA.

QYRCLE menghimpunkan barisan guru-guru Al-Quran yang berkelayakan untuk mengajar pelbagai subjek Al-Quran seperti Iqra’, Muqaddam, Tahfiz Al-Quran, Tahsin Al-Quran, Qiraat, Tajwid, Tilawah Murattal, Tilawah Mujawwad, dan lain-lain lagi.

Ia bergantung kepada yuran yang ditetapkan oleh guru tersebut bagi satu sesi (satu sesi=30 minit) dan berapa kekerapan sesi tersebut. Harga minimum satu sesi ialah RM35

Segala urusan bayaran yuran oleh pelajar untuk kelas/slot pengajian melalui QYRCLE menggunakan payment gateway yang disediakan. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau perbankan atas talian (online banking).

  1. i) Guru-guru Al-Quran mendaftarkan diri dan membuka akaun di QYRCLE sebagai Guru Al-Quran Wibawa QYRCLE.
  2. ii) Selepas pendaftaran diterima, guru Al-Quran Wibawa perlu merangka pakej-pakej (dipanggil juga sebagai slot) kelas Al-Quran yang boleh dilanggan oleh pelajar-pelajar. Guru Al-Quran Wibawa bebas menentukan masa, hari, kekerapan, dan harga bagi pakej tersebut. Masa disukat dalam setiap 30 minit. 1 slot = 30 minit. Harga lantai (minimum) yang dikehendaki diletakkan bagi 1 sesi adalah RM 35 (30 minit = 1 sesi = RM 35).

iii)        Setelah pakej-pakej kelas sudah dimuktamadkan, pakej-pakej kelas tersebut akan dimuat naik dan dipaparkan di halaman Teacher Marketplace bersama-sama dengan profil peribadi guru Al-Quran Wibawa untuk dipilih dan dilanggan oleh pelajar-pelajar.

  1. iv) Notifikasi akan dihantar kepada guru Al-Quran Wibawa apabila terdapat pelajar berjaya melanggan pakej kelas. Notifikasi juga akan dihantar untuk mengingatkan guru dan pelajar tentang kelas yang akan berlangsung kelak.

v)         Yuran langganan pakej akan dibayar kepada guru Al-Quran Wibawa apabila pakej kelas tersebut berjaya diadakan kesemuanya. Bayaran akan dibuat pada hujung bulan pakej kelas tersebut tamat.

  1. Sesi-sesi yang dilanggan akan dipaparkan pada kalendar akaun QYRCLE anda. Pada hari sesi kelas akan berlangsung, satu pemberitahuan akan dipaparkan pada bahagian “Today Session”.
  1. Di “Today Session”, ia akan memaparkan sesi yang akan berlangsung pada hari tersebut. Ia akan memaparkan nama kelas, waktu dan kod sesi.

     

    Klik pada kod sesi untuk memulakan sesi kelas seawal 5 minit sebelum kelas bermula.

     

    Apabila sesi kelas berlangsung, audio visual akan dipancarkan di QYRCLE. Untuk menamatkan sesi klik pada butang berwarna merah.